Assalamualaikum..
Jeng..jeng...jeng....baru-baru ini aku telah pergi ke Langkawi naik Air asia and this is my first time beb!
Aku pergi Langkawi bersama dengan orang kampung aku KG Sg Jai,Beranang...Kami pergi seramai 20 orang gituw...pelbagai peringkat umur.
Cuba teka yang mana satu kaki aku?
Jumaat, 05/08/2016
Kami
bertolak pada hari Jumaat 05 Ogos 2016. Lebih kurang 9.30am kami
bertolak dari Kampung Beranang ke KLIA 2. Sekurang-kurang nya 2 jam
mesti awal berada di KLIA. Kami pun dengan perasaan teruja menuju ke
KLIA.
Muka ada senyum!!
Omey pun ikut jugak...yeah!
Cik Kiah & rombongan!
Level 3
Untuk pengetahuan mereka yang baru 1st time naik Air Asia macam aku
make sure tempat departure adalah di tingkat/level 3. Masuk di pintu
utama, akan berjumpa dengan MAYBANK dibahagian belah kiri. Aku kalau
dengan *harimau jadian* nie memamg alah...tapi aku kuatkan serta
tabahkan hati siap jalan tutup mata supaya tidak nampak hariamau jadian
tu ehhehe.
Kemudian belok ke kiri dan kome semua boleh nampak board besar . Dekat sini boleh check
jadual departure/berlepas serta no flight. Kemudian kami pun pergi
kearah Domestic Departure. Disini make sure print out Boarding Pass siap2 di kiosk Air Asia yang disediakan atau boleh buat terus dilaman web kemudian jangan lupa print tau!
Bahagian pertama = Immigration/Polis bantuan staff akan berada di pintu masuk. Sediakan Boarding Pass + Kad pengenalan
Check in pertama:
Ambil bakul yang disediakan. Letakkan handbag, handphone, tali pinggang
besi dan sebagainya ini kerana badan kita dan juga barangan akan
melalui bahagian scan. Perlu diingatkan tidak membawa bawa cth Gunting,
ketip kuku atau sebagainya yang ada berbentuk besi. Ianya akan dirampas.
Kemudian akan meneruni tangga bergerak kebawah dan make sure ikut laluan gate yang dibagi cth: J 22
Check in kedua:
Boarding Pass +kad pengenalan akan dicheck oleh awek-awek Air Asia.
lepas tu duduk di tempat yang disediakan dan tunggu panggilan tuk
beratur masuk ke perut kapal terobang. SELESAI
Menunggu check in yang kedua...Muka semua ada senyum!
Check in kedua selesai oleh awek-awek Air Asia. Skrg kami tengah tunggu panggilan tuk masuk perut kapal ajer lagi.
Dari Kanan Lala, Awe & juga Mak Ngah (tudung Kuning)
Omey teruja dok tepi tingkap!
Sempat kami 2 beranak berselfie
Permandangan yang sempat di snap dari KLIA ke Langkawi
Tak lah gayat sangat...cuma seram sejuk ajer...pastu dah lama..hilang pulak rasa seram sejuk tu.
Anak dara nie memang kuat makan. Harga sandwish RM 10.00. Oklah not bad.
Yummy...!!
Selama hampir 1 jam 15 minit kot kami di udara...akhirnya kapal terobang kami pun landing kat Langkawi...yeahhhhhh.
Sampai
di Langkawi, Kami telah menyewa 2 buah van. Hari Jumaat nie tugasnya
tuk hantar kami ke motel sahaja.. tapi brother nie baik siap tunjukkan
tempat makan tuk kami lagi.
Motel
yang kami menginap adalah di Inapan Gamat Asli berdekatan dengan Haji
Ismail Group. Lepas kami mengisi perut di hadapan Ismail Group. Kami
pulang dulu ke motel dengan berjalan kaki cos perlu solat dan juga
membersihkan diri. Bayangkan last mandi pagi tadi...hehehe. Perjalanan
lebih kurang 5 minit ajer. Kalau jalan lenggang lengguk mau dalam 10-15
minit baru sampai beb.
Permandangan di dalam Haji Ismail Group. Bapak-bapak pun shopping cokelat tau!
Cokelat M&M....mengamit-gamit aku dari tadi..
-END-
Sabtu, 06/08/2016
Akan bersambung...ngantuk wehh.......
No comments:
Post a Comment