Aku dan cerita pasal Endometriosis
Assalamualaikum...pada 17 December 2015 (Khamis), aku telah menjalani my 2nd operation Laparascopy untuk menyahkan endometriosis yang bermastautin di dalam perut aku nie. Kata doktor benda ini akan menjadi semakin besar, dan ianya membesar sedikit demi sedikit. Saiz endo aku lebih 6cm seumpama sebesar penumbuk tangan ku yang comel ini ahaksss. Laparascopy nie main tebuk-tebuk ajer. 1 dekat pusat 2 lagi dekat bahagian tepi perut. So ada 3 tebukan.
My first operation done at Columbia Hosp Cheras. Aku under Dr Norshida Brahim pakar O & G. Dia ok jugak banyak bagi info dekat aku dan banyak fahamkan aku yang tak banyak faham pasal medical nie. Second operation aku pun dengan dia jugak. The best part is Dr shida nie memang tahu kisah aku and siap pekerjaan Mr. Husband aku n dimana dia bekerja. Kata nya, aku antara patient yang dia boleh ingat.
Kenapa aku pergi jugak dekat Columbia Cheras nie cos ianya berdekatan dengan rumah aku. Kalau jalan kaki mahu berpeluh ketiak dan haus tapak kaki kasut ko jah.. Hospital dia bersih dan juga selesa. Cafe dia anak aku memang suka benar makan dekat situ. Nak kata kat cafe tu mahal benar, tak lah jugak. Masakan dia pun boleh tahan juga. Kalau nak jimat bawa bekal sendiri. Hahhaha
Aku masuk bilik operation pada 12.30 tgh lebih awal dari yang dijangkakan.Waktu yang diberitahu sebelum ini adalah pada pukul 1.30 tgh. Datanglah 2 nurse yang muda dan comel suruh pakai baju hospital. Jeng..jeng...jeng... berdebar2 jantung aku beb. Aku hanya mampu berdoa. Masa tu aku nak nangis ada, nak ketawa ada, entah macam-macam yang aku rasa (Emosi bercelaru macam ikan cencaru) so aku naik katil bergerak dan sedia menuju ke bilik operation. Masa nie anak dan Mr husband mengiringi aku dengan katil bergerak sedih ajer rasanyer. Masa tu aku terfikir in case apa-apa terjadi pada aku, siapa yang akan jaga mereka nanti sedih ooooo.
Fuhhhhh sejuk nyer dalam bilik operation nie terketar-ketar aku. Entah berapa kali nurse tanya aku Siapa nama aku, No IC aku..hadoii...dia tanya aku jawab ajerlah maybe procedure dia orang. Tangan kiri aku ditebuk sedikit dimasukan sesuatu membolehkan air untuk masuk. Selepas tu seorang anesthetic doctor pun memberitahu berkenaan dengan procedure dan aku menganguk tanda faham kemudian dia suruh aku mengucap. Selepas itu ubat tahan sakit aku dipam dan aku dapat rasa sakit sangat di bahagian tangan kiri aku dari tempat yg ditebuk sehingga ke pangkal lengan, masa 1st operation aku dulu tak lah sakit. Pastu ada seorang nurse india tu suruh aku sedut tiub warna hijau di tangannya kemudian aku pun lenyap..zzzzzzzZZZZZzzzZZ
Procedure operation aku memakan masa selama 3 jam. Sedar-sedar aku selamat menjalani operation tanpa ada komplikasi...alhamdulillah syukur pada Allah.. yang pastinya kepala aku lalok dengan ubat bius dan rasa nak muntah yang meluap-luap serta kerongkong aku tiba-tiba berkahak, Nak minum pun tak berselera. Air pun aku boleh rasa kelat. Pelik sungguh! Fulamak aku punyer lalok sampai ketengah malam dan pada pukul 4.30 pagi aku dengan rasa bangga tekan bell emergency cos aku nak pi toilet nak terkencing haha.. Gagah sungguh aku nak pi bilik air cos aku memang tak nak kencing kat atas katil and memang tak selesa. Masa bangun tu kepala aku pening macam gasing daa, tapi aku stabilkan dulu otak aku nie dahulu kemudian barulah aku melangkah perlahan ke bilik air. Nurse yang bertugas pada malam tu tak silap aku dia orang sabah, baik sungguh dia bah..Layanan 1st class. Lepas aku dah pi bilik air, aku dibawa berhati2 ke katil aku...fuhh selamat! Tapi kali nie yang aku perasan,walaupun aku rasa nak muntah tapi muntah langsung tak keluar...berjaya jugak otak aku menstabilkan diri aku sendiri..hahahha!
Untuk pengetahuan semua aku ambil bilik 2 bedded sharing. Jiran sebelah aku adalah orang cina. Katil aku mengadap ke tingkap dan mengadap bahagian belakang Econsave. Aku tak kisah bilik aku mengadap kat mana cos aku sakit takdelah nak mengadap ke tingkap filling-filling kerjanya. Sewaktu didalam hospital aku terpaksa control gelak cos perut aku masih sakit lagi. Karang gelak tak hingat dunia sakit nyer tak boleh bayang beb. Batuk dan juga bersin amat merbahaya ketika ini. Pernah satu ketika bila aku bercakap dengan husband aku tiba-tiba aku pi bersin...Mak aiiii sakit giler doh...
Masa keluar hospital adalah saat yang ditunggu-tunggu kerana aku tak suka duduk hospital lelama. Sian tengok anak and Mr.Husband aku berulang-alik. Hari Sabtu pada 19 December 2015 aku keluar hospital selepas menerima injection Lucrin. Injection ini berfungsi untuk menahan period daripada turun. Kiranya aku ini di monopus buat sementara waktu. Proses nie aku kena hadap selama 6 bulan dengan 2 injections. Kesan daripada ubat ini pada badan aku, aku dapat rasakan pening+panas badan+nak pitam. Mak aii..sabar ajerlah. Lain orang lain kesan nya atau langsung tidak ada apa2 yang berlaku.(untunglah kalau ada badan kebal)
So, yang mana-mana seangkatan dengan penyakit dengan aku nie, mungkin kita boleh share dari segi pemakanan..ye tak kengkawan...nanti u olss kat luar sana boleh tinggalkan komen ye..!!