Saturday 20 February 2016

Dataran Nilai, Negeri Sembilan



Roller Blade at Dataran Nilai


As salam semua....hari minggu nie barulah ada kesempatan nak mengadap kat PC nie..ari nie aku nak bercerita pasal Roller Blade. Aku bukanlah pakar main roller blade, tapi aku suka main benda mak alah tu...dah lama aku tak main roller blade..masa kecil dulu aku memang giler main roller blade sampai berebut dengan adik beradik aku. Sampai ada yang merajuk sehinggakan muncung mulut boleh sangkut 'towel mandi' dooooo.

Hari tu masa Tahun Baru Cina 08 Februari 2016, aku n family termasuk manja adikku dan juga kawan dia kami pi Dataran Nilai. Tempat nie besar dan luas berbentuk 4 segi dan amat sesuai beriadah bersama keluarga.

Dataran Nilai


Kalau korang pi saner tak ader roller blade...jangan risau cos dekat saner ader tempat untuk sewa roller blade. Apapun jangan lupa bawa stokin tau. Klu tak korang kena beli dekat saner RM 3.00 kalau tak silap dan amat merugikan. So jangan lupa bawa STOKIN dari rumah. Nama tempat sewa tu adalah Kiosk D'nilai.

Cara nak tempah Roller Blade:

1) Mestilah kena beratur. (sat gi ko kena hambat pulak)

2) Sediakan lesen memandu kerana segala tempahan roller blade lesen memandu anda akan di pegang (untuk mengelakkan daripada  roller blade hilang atau tidak dipulangkan )

3) Harga sepasang roller blade any size RM 10.00. Boleh main sampai lebam!

4) Aku nasihatkan kalau nak ambil roller blade di Kiosk nie, korang sediakan pewangi kasut cos roller blade nie rata-rata bau ikan masin!

 Bahagian depan Kiosk D'Nilai. Sinilah tempat yang korang akan kena beratur



Nie bahagian dalam Kiosk D'Nilai.


Masa nie aku sewa kat Kiosk D'Nilai ajer memandang aku memang takde lagi Roller Blade sendiri. Anak aku ngan manja memang dah ada Roller Blade masing-masing. Size yang aku ambil saiz 6. Kalau ikut kaki aku saiz biasa adalah size 5. Aku dapat colour warna ungu masa aku sewa hari tu.



In adalah roller blade yang aku maksudkan. Kalau nak lawa kena beli sendiri lah kat kedai naaaa..


Aku n Mr hubby aku. Serius beb walaupun aku pakai roller blade masih tidak dapat mengatasi ketinggian hubby aku yang melangit tinggi.



Masa nie Mr.Hubby tak main cuma menjadi penonton setia melihat gelagat anak dan aku...Tak kiralah aku ni memegang status 'mak orang' aku tetap nak main roller blade jugak!!

Kami bertiga berroller blade 


Nasihat aku, kalau main roller blade berhati2 lah..bahaya ooooo....aku yang pernah main pun cuak kalau dah lama tak main..sepupu aku baru2 nie pula dengarnya dah patah kaki gara2 main roller blade (Adoooii sakit nyer).So berhati2 yeeee
Aku berapa kali nak terlentang masa tu..nasib baik manja ada.hehehe selamat mak!


Sempat jugak budak kecik nie berposing!

Ada pada masa tu aku tengah berehat, adalah sepasang kekasih dalam lingkungan belasan tahun, asyik berpegang tangan n sometimes depa peluk masa main roller blade memandangkan si pompuan tu tak reti main roller blade, pakwe dia pegang and ajar. Tapi aku memang tak besetuju cara macam tu BERDOSA !! Ko tahu apa dah jadi jah...budak pompuan tu terlentang kebelakang. Aku ngan manja berpandangan and kita orang cover gelak hehehhe!! Allah is Greatest... Dapat Cash dik non...Aku nasihat adik aku jugak supaya ambil iktibar. Allah nak bayar cash anytime n anywhere beb. Untuk pengetahuan korang aku and adik aku cuma tengok sahaja. Tak kuasa nak nolong.

Dekat sini jugak ada sewa permainan Gaint bubble alah permainan buih tu...maaflah ye tak dapat nak snap gambar cos masa nie tengah kemaruk main roller blade.


Ini lah permandangan di Dataran Nilai (Sorry bad quality of photo, I'm not good at taking photos!) 


Penat bermain mesti korang nak minum air or nak kudap benda-benda yang ringan. Di Dataran Nilai ada disediakan gerai iaitu Kiosk Buyung Emas iaitu besebelahan dengan sewa roller blade. Dekat sini korang boleh beli air mineral, air tin, burger, beraneka jajan & asam-masin. Tak silap aku harga bagi 100gram asam adalah RM 3.00. Burger pula aku tak pasti berapa.





Kiosk Buyung Emas. Siapkan duit nyer ajer tau...!!



Dekat Dataran nilai juga ada jugak aktivii berbasikal. Basikal takde sewa kat sini tau korang kena angkut dari rumah. Basikal ini adalah salah satu permandangan dan merupakan aktiviti yang menarik dekat Dataran Nilai.



Aku dan basikal-basikal yang bukan aku punyer!


Main punyer main..tengok2 jam dah dekat pukul 12.40am. apalagi kita orang pun pulangkan roller blade yang telah disewa. Kami pun gerak balik rumah. Anak aku siap cakap nak datang lagi..mak aii..itulah penangan mereka yang gila bermain roller blade! Makk aiii

Maybe one day, maybe some way we'll be here again..in sya allah











3 comments:

  1. perghhh..next time nk itott..tp ioll x reti main..

    ReplyDelete
  2. perghhh..next time nk itott..tp ioll x reti main..

    ReplyDelete
  3. kalau nak bermalam di Nilai bolehlah cari di blog saya...sediakan perkhidmatan sewa homestay di nilai

    ReplyDelete